Wednesday, October 31, 2018

Al-Baqarah Ayat 246

2.2.246 
Juz:2,Surah:2.

Surah 2, Ayat 246:
.


Ringkasan tafsir;
Ayat dari 246 hingga 251 menceritakan satu kaum Bani Israel yang ingkar, manjadi iktibar kepada umat Muhammad. Ayat-ayat ini menceritakan tentang kisah kaum bani Israel selepas kematian Nabi Musa yang diganti dengan ahli kitab yang masih mengamalkan kitab Taurat yang terdiri dari beberapa khalifah dikalangan kaum Bani Israel;

1) Khalifah pertama – Yusyak bin Nun.
2) Khalifah kedua – Kalib bin Yuqana

3) Khalifah ketiga – Hazqil bin Buza (lihat ayat 243).

Selepas kematian khalifah ketiga, maka bermulalah sebahagian kaum bani Israel melupakan kitab Taurat dan bertukar menyembah berhala.

Kemudian Allah mengutus Nabi Ilyas, dan lepas itu mengutuskan Nabi Ilyasak dan menyeru supaya kembali kepada Allah tapi mereka ingkar. Dan apabila Nabi Ilyasak meninggal dunia maka seluruh kaum bani Israel telah kucar kacir kerana melupakan kitab Taurat. Dan Allah telah turunkan kerajaan Balthatha dari Amaligh yang diketuai oleh Jalut untuk menaluk seluruh kawasan yang diduduki oleh kaum bani Israel. Dalam masa penaklukan Jalut terhadap kaum Bani Israel itu maka ramai keturunan nabi-nabi  terbunuh dan lenyaplah keturunan nabi dari kalangan mereka. Pada suatu ketika ditakdirkan bahawa masih ada lagi keturunan nabi dikalangan mereka iaitu seorang perempuan. Dan perempuan itu dijaga dengan baik dan lahirlah seorang lelaki yang diberi nama Syamwil.  Syamwil ini dididik oleh pembesar pendita kitab Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa. Akhirnya Allah telah mengutuskan malaikat melantik Syamwil menjadi nabi dan menyuruh mengajak kaumnya kembali menyembah Allah. Nabi Syamwil telah dicabar oleh kaumnya sendiri supaya membuktikan kenabian syamwil dengan berkata “utuslah seorang raja untuk kami supaya kami boleh berperang pada jalan Allah”. Kemudian Nabi syamwil menemplak kepada kaumnya kerana mempunyai sifat pengecut dan melarikan diri meninggalkan medan perang sebelum ini dan berkata “boleh jadi jika diwajibkan keatas kamu supaya berperang, kamu tidak mahu berperang”. 

Kemudian mereka menjawab “mengapa pula kami tidak mahu berperang pada jalan Allah sedang kami dihalau orang keluar dari rumah kami, bagitu pula anak-anak kami? “.

Apabila tiba masanya Allah mengurniakan seorang raja bernama Talut dan mereka diwajibkan berperang melawan musuh (Jalut), ternyata mereka  telah berpaling melarikan diri, kecuali sedikit sahaja dari kalangan mereka yang taat dengan perintah Allah. Inilah mereka menjadi orang yang aniaya

.
[previous] [next


.
RUJUKAN SUMBER;
Juzuk
2, Surah2
Terjemahan, 241~250,
[GS] https://sites.google.com/site/n21guarcempedak/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     


 

No comments:

Post a Comment