2.2.246
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 246:
.
Ringkasan tafsir;
Ayat
dari 246 hingga 251 menceritakan satu kaum Bani Israel yang ingkar, manjadi
iktibar kepada umat Muhammad. Ayat-ayat ini menceritakan tentang kisah kaum
bani Israel selepas kematian Nabi Musa yang diganti dengan ahli kitab yang
masih mengamalkan kitab Taurat yang terdiri dari beberapa khalifah dikalangan
kaum Bani Israel;
1)
Khalifah pertama – Yusyak bin Nun.
2)
Khalifah kedua – Kalib bin Yuqana
3)
Khalifah ketiga – Hazqil bin Buza (lihat ayat 243).
Selepas
kematian khalifah ketiga, maka bermulalah sebahagian kaum bani Israel melupakan
kitab Taurat dan bertukar menyembah berhala.
Kemudian
Allah mengutus Nabi Ilyas, dan lepas itu mengutuskan Nabi Ilyasak dan menyeru
supaya kembali kepada Allah tapi mereka ingkar. Dan apabila Nabi Ilyasak
meninggal dunia maka seluruh kaum bani Israel telah kucar kacir kerana
melupakan kitab Taurat. Dan Allah telah turunkan kerajaan Balthatha dari
Amaligh yang diketuai oleh Jalut untuk menaluk seluruh kawasan yang
diduduki oleh kaum bani Israel. Dalam masa penaklukan Jalut terhadap kaum Bani
Israel itu maka ramai keturunan nabi-nabi terbunuh dan lenyaplah keturunan nabi
dari kalangan mereka. Pada suatu ketika ditakdirkan bahawa masih ada lagi
keturunan nabi dikalangan mereka iaitu seorang perempuan. Dan perempuan itu
dijaga dengan baik dan lahirlah seorang lelaki yang diberi nama Syamwil. Syamwil ini dididik oleh pembesar pendita
kitab Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa. Akhirnya Allah telah mengutuskan
malaikat melantik Syamwil menjadi nabi dan menyuruh mengajak kaumnya kembali
menyembah Allah. Nabi Syamwil telah dicabar oleh kaumnya sendiri supaya
membuktikan kenabian syamwil dengan berkata “utuslah seorang raja untuk kami
supaya kami boleh berperang pada jalan Allah”. Kemudian Nabi syamwil menemplak
kepada kaumnya kerana mempunyai sifat pengecut dan melarikan diri meninggalkan
medan perang sebelum ini dan berkata “boleh jadi jika diwajibkan keatas kamu
supaya berperang, kamu tidak mahu berperang”.
Kemudian
mereka menjawab “mengapa pula kami tidak mahu berperang pada jalan Allah sedang
kami dihalau orang keluar dari rumah kami, bagitu pula anak-anak kami? “.
Apabila
tiba masanya Allah mengurniakan seorang raja bernama Talut dan mereka
diwajibkan berperang melawan musuh (Jalut), ternyata mereka telah berpaling melarikan diri, kecuali
sedikit sahaja dari kalangan mereka yang taat dengan perintah Allah. Inilah
mereka menjadi orang yang aniaya.
.
.
RUJUKAN SUMBER;
Juzuk2, Surah2
Terjemahan, 241~250,
[GS] https://sites.google.com/site/n21guarcempedak/3/1
Ulasan surah 2;
[GS] https://t.co/0EUkXravGr