Friday, November 2, 2018

Al-Baqarah Ayat 249

2.2.249
Juz:2,Surah:2.

Surah 2, Ayat 249:
.

Ringkasan tafsir;

Maka tiba masanya kaum bani Israel untuk pergi berperang meyerang tentera Jalut dengan bala tentera seramai 70 ribu tentera mengharungi padang pasir yang luas hingga berlaku kehausan dari kalangan mereka, dan dengan izin Allah bertemulah sebatang anak sungai plastine dan Raja Talut memerintah kepada kaum bani Israel supaya minum pada kadar sepatutnya tapi segelintir sahaja yang taat dan patuh kepada perintah Raja Talut.

Maka tinggallah beberapa ratus orang tentera yang taat untuk menyeberangi sungai dan menyerang tentera Jalut.

Ayat ini menjelaskan bahawa kaum bani Israel telah berpecah dua.  Sebahagian besar tidak mahu berperang dan sebahagtian kecil sahaja yang terus berjuang dengan tekad bersama dengan Raja Talut.

.
[Previous] [Next]
.
.
Rujukan Sumber,
Juzuk2, Surah2
Terjemahan, 241~250,
[GS] https://sites.google.com/site/n21guarcempedak/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     




Al-Baqarah Ayat 248

2.2.248
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 248:

.

Ringkasan tafsir;

Kaum bani Israel telah bertanya kepada Nabi Syamwil, “apakah tandanya kerajaan talut”, maka Allah berfirman dengan maksudnya “sesungguhnya tandanya ialah datang kepada kamu sebuah peti yang membawa ketenteraman jiwa”.

Menurut sejarah, bahawa peti keranda yang berbentuk manusia yang panjang 3 hasta dan lebar 2 hasta, yang mana didalamnya mengandungi tongkat dan lembaran batu bersurat mengandungi kitab suci), kitab ini pada asalnya turun kepada Nabi Adam, kemudian Nabi Syith hingga ke Nabi Ibrahim, Ismail, Yaakub dan akhirnya kepada Musa. Selepas itu peti itu sudah berpindah dari satu tangan ketangan manusia hinggalah dapat dirampas oleh Tentera Jalut dan hilanglah peti itu dari kalangan bani Israel.

Oleh itu sudah sampai masa Nabi Syamwil memberi mereka bahawa tanda Talut itu adalah raja, ialah peti pusaka yang terlucut dari tangan mereka sekian lama akan datang kembali kepada kaum bani Israel.

Catitan;
Pada masa sekarang, kaum Yahudi sedang mencari peti keranda itu dengan menggali lubang yang luas dibawah masjid BaitulMuqadis yang masih menjadi tanda tanya kepada mereka dimana tersimpan peti keranda itu. 
 .
[Previous] [Next]
.
.
RUJUKAN SUMBER
Juzuk2, Surah2
Terjemahan, 241~250,
[GS] https://sites.google.com/site/n21guarcempedak/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     



Al-Baqarah Ayat 247

2.2.247 
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 247:
.
.
Ringkasan tafsir;
Atas permintaan kaum bani Israel, maka Nabi Syamwil memohon kepada Allah supaya dikurniakan seorang raja. Maka doa Nabi Syamwil direstui oleh Allah. Lalu Nabi Syamwil membawa Talut kepada pembesar dan pendita kaum bani Israel untuk ditabalkan sebagai raja kepada kaum bani Israel.

Kebanyakan dari kalangan mereka membantah perlantikan Talut sebagai raja, kerana Talut bukan dari keturunan kaya dari  rumpun Lawi dan Yahuza.

Adapun Lawi dan Yahuza anak nabi Yaakub, yang mana bermula rumpun kenabian;  

..... dari Lawi itu terbitlah Musa  dan Harun.
..... dari Yahuza itu terbitlah Daud dan Suliaman.

Adapun Sawal bin Qais (Talut) itu dari rumpun Benyamin bin Yaakub, yang hidup sebagai tukang menyamak kulit dan tukang air memberi minum keldai.
 .
[previous] [next] 
.
.

RUJUKAN SUMBER;

Juzuk2, Surah2
Terjemahan, 241~250,
[GS] https://sites.google.com/site/n21guarcempedak/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr    


.


Wednesday, October 31, 2018

Al-Baqarah Ayat 246

2.2.246 
Juz:2,Surah:2.

Surah 2, Ayat 246:
.


Ringkasan tafsir;
Ayat dari 246 hingga 251 menceritakan satu kaum Bani Israel yang ingkar, manjadi iktibar kepada umat Muhammad. Ayat-ayat ini menceritakan tentang kisah kaum bani Israel selepas kematian Nabi Musa yang diganti dengan ahli kitab yang masih mengamalkan kitab Taurat yang terdiri dari beberapa khalifah dikalangan kaum Bani Israel;

1) Khalifah pertama – Yusyak bin Nun.
2) Khalifah kedua – Kalib bin Yuqana

3) Khalifah ketiga – Hazqil bin Buza (lihat ayat 243).

Selepas kematian khalifah ketiga, maka bermulalah sebahagian kaum bani Israel melupakan kitab Taurat dan bertukar menyembah berhala.

Kemudian Allah mengutus Nabi Ilyas, dan lepas itu mengutuskan Nabi Ilyasak dan menyeru supaya kembali kepada Allah tapi mereka ingkar. Dan apabila Nabi Ilyasak meninggal dunia maka seluruh kaum bani Israel telah kucar kacir kerana melupakan kitab Taurat. Dan Allah telah turunkan kerajaan Balthatha dari Amaligh yang diketuai oleh Jalut untuk menaluk seluruh kawasan yang diduduki oleh kaum bani Israel. Dalam masa penaklukan Jalut terhadap kaum Bani Israel itu maka ramai keturunan nabi-nabi  terbunuh dan lenyaplah keturunan nabi dari kalangan mereka. Pada suatu ketika ditakdirkan bahawa masih ada lagi keturunan nabi dikalangan mereka iaitu seorang perempuan. Dan perempuan itu dijaga dengan baik dan lahirlah seorang lelaki yang diberi nama Syamwil.  Syamwil ini dididik oleh pembesar pendita kitab Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa. Akhirnya Allah telah mengutuskan malaikat melantik Syamwil menjadi nabi dan menyuruh mengajak kaumnya kembali menyembah Allah. Nabi Syamwil telah dicabar oleh kaumnya sendiri supaya membuktikan kenabian syamwil dengan berkata “utuslah seorang raja untuk kami supaya kami boleh berperang pada jalan Allah”. Kemudian Nabi syamwil menemplak kepada kaumnya kerana mempunyai sifat pengecut dan melarikan diri meninggalkan medan perang sebelum ini dan berkata “boleh jadi jika diwajibkan keatas kamu supaya berperang, kamu tidak mahu berperang”. 

Kemudian mereka menjawab “mengapa pula kami tidak mahu berperang pada jalan Allah sedang kami dihalau orang keluar dari rumah kami, bagitu pula anak-anak kami? “.
Apabila tiba masanya Allah mengurniakan seorang raja bernama Talut dan mereka diwajibkan berperang melawan musuh (Jalut), ternyata mereka  telah berpaling melarikan diri, kecuali sedikit sahaja dari kalangan mereka yang taat dengan perintah Allah. Inilah mereka menjadi orang yang aniaya

.
[previous] [next] 


.
RUJUKAN SUMBER;
Juzuk
2, Surah2
Terjemahan, 241~250,
[GS] https://sites.google.com/site/n21guarcempedak/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr