2.2.248
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 248:
.
Ringkasan tafsir;
Kaum
bani Israel telah bertanya kepada Nabi Syamwil, “apakah tandanya kerajaan
talut”, maka Allah berfirman dengan maksudnya “sesungguhnya tandanya ialah
datang kepada kamu sebuah peti yang membawa ketenteraman jiwa”.
Menurut
sejarah, bahawa peti keranda yang berbentuk manusia yang panjang 3 hasta dan
lebar 2 hasta, yang mana didalamnya mengandungi tongkat dan lembaran batu
bersurat mengandungi kitab suci), kitab ini pada asalnya turun kepada Nabi
Adam, kemudian Nabi Syith hingga ke Nabi Ibrahim, Ismail, Yaakub dan akhirnya
kepada Musa. Selepas itu peti itu sudah berpindah dari satu tangan ketangan
manusia hinggalah dapat dirampas oleh Tentera Jalut dan hilanglah peti itu dari
kalangan bani Israel.
Oleh itu
sudah sampai masa Nabi Syamwil memberi mereka bahawa tanda Talut itu adalah
raja, ialah peti pusaka yang terlucut dari tangan mereka sekian lama akan
datang kembali kepada kaum bani Israel.
Catitan;
Pada
masa sekarang, kaum Yahudi sedang mencari peti keranda itu dengan menggali
lubang yang luas dibawah masjid BaitulMuqadis yang masih menjadi tanda tanya
kepada mereka dimana tersimpan peti keranda itu.
.
Terjemahan, 241~250,
[GS] https://sites.google.com/site/n21guarcempedak/3/1
Ulasan surah 2;
[GS] https://t.co/0EUkXravGr
No comments:
Post a Comment