Wednesday, October 31, 2018

Al-Baqarah Ayat 245

2.2.245
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 245:

.. 
Ringkasan tafsir;

Allah bertanya, Siapakah yang suka membelanjakan hartanya pada jalan Allah dengan membantu orang yang dari daif dan lemah dengan menyokong orang yang tidak berkecukupan didalam penghidupan mereka ?

Berbelanja dengan memberi dan menerima hutang dengan niat baik adalah sebagai suatu pinjaman kepada Allah dan Allah akan membayarnya dengan berlipat kali ganda yang tidak ternilai banyaknya.
Oleh itu perhubungan yang baik itu akan menjalin kemeseraan kepada suka memberi dan suka menerima supaya ada perseimbangan antara makhluk disisi Allah.
Oleh itu ingatlah bahawa  Allah berkuasa menyempitkan dan melapangkan rezeki seseorang itu sebagai cubaan kepada mereka supaya bersabar dugaan yang diterima oleh mereka. 
Allah juga berkuasa melapangkan dan mengkayakan seseorang yang dikehendaki Allah, dan pemberian ini ada hikmahnya supaya manusia bersyukur kepada Allah diatas pemberian Nya.
(..... lihat ayat 254, membelanjakan reseki untuk bersedekah)


[previous] [next

.
Rujukan sumber,

Juzuk
2, Surah2
Terjemahan, 241~250,
[GS] https://sites.google.com/site/n21guarcempedak/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     



Al-Baqarah Ayat 244

2.2.244
Juz:2,Surah:2.

Surah 2, Ayat 244:
.
Ringkasan tafsir;

Ada dua pendapat mengenai dengan ayat ini;
1. Lanjutan dari ayat diatas (243), mereka yang telah dihidupkan itu diajak pergi berperang, dan sebahagian mereka itu ingkar.

2. Ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad dan pejuang muslimin, supaya janganlah kamu lari dari medan perang kerana takutkan mati seperti yang berlaku kepada kaum bani Israel pada ayat diatas (243). Perbuatan melarikan diri itu adalah tiada gunanya.
 

.
[previous] [next]


.
Sumber rujukan;
Juzuk
2, Surah2
Terjemahan, 241~250,
[GS] https://sites.google.com/site/n21guarcempedak/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   

Friday, August 7, 2015

Ulasan Surah Al-Qiyaamah



Surah 75: 
 
AL QIYAAMAH (hari kiamat).

Surah Al Qiyaamah terdiri atas 40 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al Qaariah.

Dinamai “Al Qiyaamah” (hari kiamat)  diambil dari perkataan “Al Qiyaamah” yang terdapat pada ayat pertama surah ini.


Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Al-Qiyaamah (1~40),      
[BS]
http://ragukroniumno.blogspot.com/2013/06/75.html